Friday, 7 March 2014
Krisis UMNO Perak Di Antara MB Perak & Hamidah Osman Berpunca Dari Kampar?
Ketika artikel ini ditulis, UMNO Perak sedang hangat dan mula mencanak memuncak berkaitan dengan perang "mulut bertutup" di antara Menteri Besar Perak dan Datuk Hamidah Osman.
Krisis UMNO Perak ini dianggap panas tahap gaban kerana tahap kemarahan yang "direkodkan" adalah luarbiasa hinggakan MB Perak menyebut beberapa perkataan yang kurang enak bahawa beliau tidak mahu nampak dan berjumpa Datuk Hamidah Osman bahkan bayang beliau pun MB Perak tidak mahu melihatnya.
Apa sudah jadi di negeri Perak?
Dijangkakan isu ini akan terus subur menyala, maklum ajelah sekarang ni kan musim panas kemarau maka api senang aje nak merebak. Tambahan pula, semalam, isu krisis MB Perak dan Datuk Hamidah Osman telah pun dipetik oleh Sinar Harian dengan tajuk utama "Kak Midah bikin panas" dengan sub "Kritik MB secara terbuka di laman Facebook".
Fikirkan! Apa "permainan besar" yang sedang bermula di negeri Perak sekarang? Adakah tangan-tangan ajaib sedang menarik benang-benang halus?
Kami tidak pasti, namun sila fikir-fikirkan kerana nasib Ketua Tukun UMNO Kampar dan DUN Tualang Sekah juga boleh dikatakan sudah pun terlepas dari berpijak di hujung tanduk lagi. Bak macam kalau mike tengok cerita kartun sebelum jatuh ke bawah. Anytime! (Meminjam lirik lagi Mc Hammer).
"Mari kita tengok siapa yang kena" kata Ibrahim Pendek.
Penulis Asal: Panglima Sentang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri
Note: only a member of this blog may post a comment.