Mungkin ramai yang telah lupa bahkan tidak sedar akan Skandal Tanah Mukim Teja beberapa tahun yang lalu. Mungkinkah perkara yang hampir serupa akan berlaku sekali lagi atau berkali-kali lagi? Mungkinkah Sahom menjadi "tagan" bahawa ianya sedang berulang?
Skandal Tanah Mukim Teja dahulu melibatkan isi peneroka atau setinggan yang telah meneroka tanah seluas 2 ekar dan melibatkan 7 keluarga berpendapatan rendah. Keluarga ini telah mendiami tanah tersebut selama 3 generasi dan telah berkali-kali memohon geran tanah tersebut kepada Pejabat Tanah Kampar. Berkali-kali dan gagal ditendang oleh Pejabat Tanah Kampar.
Kegagalan tersebut adalah atas alasan road reserved dan sebagainya. Namun, akhirnya, dan tiba-tiba tanpa angin, tanpa peluh yang menitik, Pejabat Tanah Kampar menganugerahkan tanah road reserved tersebut kepada satu syarikat.
Salah seorang pemilik syarikat tersebut adalah taiko di dalam Umno. Siapa? Entah.
Sekelip mata, silap mata boleh berlaku yang menafikan hak manusia yang kerdil.
Persoalannya, adakah kejadian serupa akan berlaku lagi? Bezanya kali ini di Sahom.
Penulis asal : Kampar Beghosin
No comments:
Post a Comment
Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri
Note: only a member of this blog may post a comment.