Monday 3 March 2014

KAMPAR Wajib Diselamatkan Secepat Mungkin



Keadaan KUME di Kampar kini sudah berada di tahap kritikal! Sudah sampai ketikanya untuk perubahan berlaku di dalam Umno Bahagian Kampar! Kita tidak boleh berlengah lagi! Jom Berkalih Kite! Atau Kampar bakal menjadi bubur Asyura dan KUME bakal menjadi ibarat beruk di pinggir hutan. UMNO Bahagian Kampar Perlu Bertransformasi!

KUME:  Kampar Untuk Masyarakat mElayu (KUME)

Sebagai satu inisiatif awal untuk transformasi Kampar, RK dengan ini melancarkan Kempen Jom Berkalih Kite! atau kependekannya Kempen JBK. Sebagai langkah persediaan untuk transformasi, JBK turut mempertimbangkan isu siapa calon yang boleh dianggap layak sebagai pengganti untuk menerajui UMNO Bahagian Kampar sekiranya transformasi UMNO Bahagian Kampar berjaya dilakukan dengan sokongan semua.

Kami menjemput anda untuk menyumbang info calon berpotensi dari sudut positif dan juga negatif agar proses penilaian umum boleh dilakukan dengan perlahan-lahan tanpa gopoh dan tanpa terlalu berat ke arah calon-calon popular sahaja.

Berbeza dengan sebelum ini atau sejak puluhan tahun yang lalu, gerakan kali ini lebih tersusun, lebih ramai penyokong dan didokong oleh beberapa tangan ajaib dengan harapan pertempuran kali ini adalah lebih adil. Tambahan pula, masyarakat sendiri sudah nampak jelas akan kelemahan yang berlaku.

Kita tidak menganggap insan yang di atas tersebut sebagai musuh. Kita juga bukan ingin menghukum sebarang kesalahan atau kesilapan beliau kerana kita sedar sebagai manusia, pasti berbuat salah dan silap.

Cuma, kita seharusnya amat khuatir akan nasib KUME atau Melayu di Kampar. Bayangkan Kampar pada tahun 2020 jika tiada perubahan berlaku di dalam UMNO Bahagian Kampar. Bahkan DUN Tualang Sekah pun menang di dalam PRU baru-baru ini kerana "bernasib baik" sahaja. Tidaklah perlu dipersoalkan apa erti "bernasib baik" itu.

Bayangkan pula "perluasan" tanah Belanda di Bandar Baru Kampar yang pastinya akan perlahan-lahan "membakar" seperti aliran lahar gunung berapi yang hampir mustahil untuk ditahan-tahan. Semuanya menjurus kepada masa depan yang gelap untuk KUME di Kampar.

Semoga Transformasi UMNO Bahagian Kampar ini berjaya pada kali ini kerana kita di Kampar sudah kesuntukan masa sedangkan orang lain sedang laju menuju ke puncak penguasaan.

Sebarkan & Gegarkan Kampar!

Salam Jom Berkalih Kite!


No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.