Showing posts with label Tawarikh. Show all posts
Showing posts with label Tawarikh. Show all posts

Wednesday, 29 January 2014

Kenangan Sungai Kunyit

Malim Nawar itu manis bunyinya apabila disebut dengan lidah. Generasi pada hari ini hanya mengenali nama ini semenjak kecil. Namun, wajib diketahui bahawa sebelum Malim Nawar, ia mempunyai satu nama lain yang popular sebelum itu sehingga ke zaman akhir orang putih di Tanah Melayu. 

Tuesday, 28 January 2014

Cendol Tepi Landasan Keretapi Malim Nawar

Bagi mereka yang lahir di Malim Nawar sehingga awal 80-an mungkin akan teringat cendol di tepi landasan keretapi berdekatan dengan laluan untuk melintas landasan. Terletak di satu kedudukan yang amat strategik, tempat orang ramai menunggu pintu pagar dibuka selepas keretapi berlalu, cendol ini sentiasa menjadi sasaran untuk "menikmati masa".

Tuesday, 14 January 2014

Legenda Laksa Pak Din Kampar

Hari ini Pak Din tidak lagi berniaga di gerai kecil berhabuk di tepi jalan dua tiga langkah dari stesen bas Kampar.

Gerai baru Pak Din berdinding batu beratap cantik. Walau tidak ber "aircond" tetapi gerai Pak Din comel, terletak di lot tepi. Lebih menarik dan nostalgik, terdapat sebatang pokok besar di sebelah gerai Pak Din yang mewujudkan suasana penuh klasik dan nyaman.

Akan bersambung kemudian...