Sunday 2 March 2014

Datin Normah Hanum Yang Harum Memekar di Kampar



Datin Normah Hanum adalah isteri kepada Dato' Radzi Manan dan juga ibu kepada YB Nolee Ashilin iaitu ADUN Tualang Sekah. Tidak kira apa pun, Datin Normah Hanum adalah insan yang harum mekar di dalam membangunkan taraf pendidikan pelajar-pelajar di Kampar.



Nota Gambar:  Datin Normah Hanum (Bertudung merah di kanan sekali) bersama Dato' Lee Chee Leong.

Bertindak dan berusaha di atas kapasiti beliau sebagai pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kampar merangkap Penasihat Yayasan Pendidikan Kampar, terdapat banyak perkara kebaikan yang seharusnya diperluaskan dan digandakan lagi.

Antara usaha beliau berkaitan pendidikan yang mendapat perhatian teman adalah program Kemahiran Pengurusan Pembelajaran Strategik yang dikendalikan oleh Penasihat Pendidikan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Seharusnya, segala usaha Datin Normah Hanum mendapat sokongan sepenuhnya daripada masyarakat dan pelbagai jentera dan mekanisme yang wujud di Kampar.

Namun begitu, walau sebaik mana atau sebagus mana Datin Normah Hanum, RK tetap berpegang dengan prinsip asas bahawa Ketua Tukun UMNO Kampar dan DUN Tualang Sekah wajib ditransformasikan di dalam mana-mana peluang yang wujud di dalam masa mendatang.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.