Friday 28 February 2014

Tinggalkan UMNO Atau Ada Solusi Yang Lebih Baik Dan Terbaik?



Apabila masyarakat mengeluh, UMNO lah yang pastinya menjadi sumpahan dan seranah. Mungkin kita selalu mendengar ayat indah berbudi bahasa yang berbunyi "UMNO Tak Boleh Diharap", "UMNO Sibuk Mengenyangkan Perut Sendiri dan Kroni" dan pelbagai macam gaya bahasa lagi. Apa kate mike? Apa pendapat mike? Adakah langkah terbaik buat kita di Kampar adalah meninggalkan UMNO?


Jika mike sememangnya jenis manusia tak boleh mengawal kemarahan, maka jawapan mike kebarangkalian besarnya adalah meninggalkan UMNO. Bagaimanepun, kite orang Melayu dan Islam sepatutnya lebih bijak dalam melangkah. Jika difikir-fikirkan dengan lebih mendalam, kebarangkalian besarnya, meninggalkan UMNO bukanlah jawapan bagi permasalahan di dalam masyarakat.

Contoh terbaik bagaimana kegagalan mengawal kemarahan mungkin menyebabkan anda akan dipandang seperti beruk terkena belacan adalah kes taiko pemuda UMNO Bahagian Kampar tidak berapa lama dahulu. Bukankah sudah seperti beruk terkena belacan lakunya?

UMNO, hakikatnya tiada masalah dengan UMNO bahkan sebenarnya UMNO itu adalah peluang iaitu peluang terbaik yang boleh dipergunakan dengan tujuan untuk membangunkan masyarakat di dalam pelbagai sudut dan bidang. Anda sebut apa sahaja, UMNO sememangnya satu entiti dan organisasi yang berpotensi.

Tetapi malang, hanya satu, yang menjadikan UMNO dipandang sebagai iblis adalah kepala dan mekanisme yang dikendalikan oleh kepala UMNO.

Sebagai contoh, jika kepala bagi UMNO Bahagian Kampar sendiri rosak, tidak berupaya, korup dan diberi pula kuasa penuh untuk mengendalikan jentera dan mekanisme milik UMNO, sudah pastilah hasilnya mengecewakan dan sungguh menyakit hati.Pastinya benda yang tak patut disodok disodok rata, yang tak patut dijual dijual, yang tak patut diterima menerima dan pelbagai macam kegilaan lagi.

Sebenarnya, penyelesaian kepada permasalahan ini adalah berkaitan dengan kepala atau ketua tukun bagi UMNO.

Kita tak perlulah sibuk tentang Malaysia, cukuplah sekadar ambil kisah tentang Kampar.

Sekiranya anda merasakan Kampar bermasalah, maka anda lihatlah UMNO Kampar di puncaknya. Tiada lain & tiada siapa yang lain WAJIB dipersalahkan. Yang di puncak itulah.

Apa jua alasan yang diberikan, di penghujungnya tetap yang bersalah adalah insan yang berada di puncak tersebut. Tidak perlu menyalahkan kerajaan, tidak perlu menyalahkan pembangkang. Tidak perlu menyalahkan agensi-agensi kerajaan dan tidak wajar juga menyalahkan pusat zakat dan sebagainya.

ONE AND ONLY YANG WAJIB DIPERSALAHKAN ADALAH KETUA TUKUN.

Paling penting, sekadar menyalahkan sahaja TIDAKLAH MEMADAI!

Apa yang perlu dilakukan, dengan sebulat atau sekurang-kurangnya sepipih suara?

TARIK SI KETUA TUKUN, KELUARGA DAN KRONINYA KE BAWAH dan naikkan insan baru yang anda rasakan lebih layak.

Penulis Asal: Senapang Tunjai

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.