Saturday 15 February 2014

Piramid Ditemui Di Kampar Perak



Sebuah piramid telah dijumpai di Kampar Perak di satu lokasi yang masih lagi dirahsiakan oleh pihak berkuasa tempatan ketika ini. Piramid tersebut yang dikatakan mempunyai saiz yang sama dengan piramid Khufu di Mesir telah dijumpai oleh seorang pencari petai dari Kampar beberapa minggu yang lepas. Menurut satu sumber lain mengatakan bahawa piramid tersebut sebenarnya telah dijumpai lebih tiga puluh tahun yang lalu namun hanya baru baru ini sahaja diceritakan kepada umum setelah dijumpai oleh pencari petai tersebut.

Bagaimanapun Firaun, kaum keluarga dan bala tenteranya dilaporkan masih lagi hidup sehingga kini di Kampar, Perak . Yang paling mengejutkan adalah hakikat bahawa Firaun tersebut masih lagi memerintah Kampar berserta dengan anak perempuan beliau yang turut memerintah sebahagian daripada kawasan jajahan Firaun tersebut di Kampar, Perak.

Sesuai dengan perkembangan semasa, Firaun di Kampar tidak lagi menggunakan gelaran Firaun tetapi telah menyesuaikan gelaran beliau sebagai Ketua Tukun Bahagian bagi Umno Kampar.

Penduduk Kampar yang dihubungi oleh spy Jebon RK memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang petunjuk sama ada Firaun tersebut akan meletak jawatan di dalam masa terdekat atau akan menyerahkan jawatan Ketua Tukun Bahagian tersebut kepada Perdana Menteri beliau yang lebih dikenali sebagai Hamann.

Menurut mereka lagi, boleh jadi juga beliau akan menyerahkan jawatan tersebut kepada kaum keluarga dan sanak saudara beliau untuk menyambung legasi beliau yang maha hebat itu.

Penulis asal: Lan Nongkak


No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.