Monday 10 February 2014

SPRM Akan Berkampung Di Kampar Kerana Kes Tanah Di Tanjung Bangkong



Daerah Kampar Perak adalah salah satu daerah di dalam negeri Perak yang banyak isu tanah. Daripada kes tanah ribuan hektar yang dikurniakan oleh mantan pembesar paling besar negeri Perak hinggalah kepada kes kes tanah sekangkang kera.


Paling ter-hot, ter-bakor adalah kes Kg Tersusun Tanjung Bangkong di Malim Nawar melibatkan pengerusi JKKK yang telah membuat cubaan maut untuk merompak 10 lot tanah untuk kaum keluarga mak bapak dia.

Oleh kerana ramai yang tak puas hati, maka SPRM lah jawapannya. Tapi bagi orang kampung semua jangan le mengharap sangat. Bukan apa, cuma mengingatkan bahawa di dunia ini ada bermacam macam jalan untuk kasi kautim sama itu macam punya kes.

Bukan sekali dua benda macam ni dah berlaku tapi banyak kali dan akhirnya senyap sepi sebijik macam sunyinya pekan Malim Nawar atau nama barunya Little Saigon of Kampar di Perak.

Tetapi orang Kampar tak kisah pasal tanah tanah ni terutamanya yang golongan miskin sederhana sebab deme memang suka duduk 2 ke 30 orang satu rumah. Pasal itu deme tak kisah nak menukar Ketua Tukun Bahagian Kampar.

Pasal itu juga deme orang Kampar tak kisah pun bila ada orang kuat Umno Kampar yang senang senang aje dapat tanah untuk membela burung unta. Bila ditanya macam mana deme boleh dapat, jawapan deme senang aje, untuk perkembangan ekonomi. Tapi setahu teman le tak pernah pun nampak hasilnya.

Oh ya pulak lupa nak mengaborkan di mana tapak "Pusat Burung Unta" Umno Kampar yang teman sebut tadi. Kalau mike naik tau di mana, mike tunggu artikel akan datang dari Revolusi Kampar.


Penulis asal : Senapang Tunjai & Panglima Sentang

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.