Tuesday 25 February 2014

Kenapa Kampar & Tualang Sekah Kini Berada Dalam Radar Di PWTC?

Kampar dan Tualang Sekah di dalam radar pwtc


Desas-desus yang sedang berlegar di kalangan geng-geng tertentu ketika ini adalah cerita atau mungkin sahaja khabar angin bahawa Kampar dan Tualang Sekah kini adalah di antara beberapa nama tempat yang berada di dalam radar utama seseorang di PWTC.


Apalah yang ada di Kampar dan Tualang Sekah yang diingini oleh seseorang itu yang sememangnya berharta di merata-rata? RK berpendapat bahawa ini semua adalah permainan mulut atau berita angin yang sengaja disebarkan untuk tujuan tertentu oleh pihak yang berkepentingan.

Memang secara logiknya, tiada gunanya mengejar Kampar dan Tualang Sekah.

Oleh kerana kalau tiada angin manakan pokok bergoyang, maka RK sebutkan juga isu ini sebagai satu artikel pendek. Cukuplah sampai di sini. Semoga kita lupakan isu Kampar dan Tualang Sekah kini berada dalam radar di PWTC.


Penulis Asal: Kudin Langsuyor

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.