Thursday 27 February 2014

Skandal Tanah DUN Tualang Sekah (Koleksi)



Skandal Tanah DUN Tualang Sekah ini adalah kes lama. Namun semua ini adalah penting untuk proses pembelajaran dan pemahaman tentang sejarah dan perkembangan sosial di Kampar dan DUN Tualang Sekah juga Malim Nawar. Untuk itu, kita akan mula mengumpulkan segala skandal dan kelemahan yang berlaku di Kampar dan juga DUN Tualang Sekah. Bukan untuk menentang tetapi untuk proses pembelajaran dan proses menguatkan ingatan keranaTun  Dr Mahathir selalu mengatakan bahawa Melayu mudah lupa.

As Salam Bang Mat,

Saya ada sedikit perkara yang hendak disampaikan kepada Mediaperak. Saya tak pasti kesahihan cerita ini sebab saya hanya mendapat maklumat lisan dari seorang penduduk kampung Kg Redang Sawa dalam DUN Tualang Sekah. Saya harap, Mediaperak dapat membantu penduduk Kg. Redang Sawa ini kerana mereka merasakan mereka telah tertipu.

Pada tahun 2001, seramai 34 orang penduduk Kg. Redang Sawa telah memohon tanah seluas 44 ekar dalam Mukim Teja, Daerah Kinta untuk dijadikan kawasan pertanian. Kalau dapat pun, satu keluarga akan mendapat tak sampai 2 ekar seorang.

Pada tahun 2002, oleh kerana terdapat permintaan daripada beberapa orang lagi yang tertinggal dalam permohonan pertama, maka Ketua Kampung telah mengemukan satu permohonan baru yang mengandungi seramai 54 pemohon dan memohon seluar 56 ekar.

Pada tahun 2005, setelah berbincang dengan Pentadbir Tanah Daerah Kinta, Pentadbir Tanah mencadangakan supaya penduduk membuat  permohonan baru dengan memohon seluas 2 ekar bagi setiap peserta. Jumlah keluasan yang dipohon ialah 135 ekar.

Banyak wang telah dikeluarkan oleh penduduk kampung semasa proses permohonan ini tetapi apa yang berlaku amat mendukacitakan mereka.

Secara tiba-tiba, pada bulan Februari 2010, penduduk kampung mendapat tahu bahawa tanah yang mereka pohon telah diberikan kepada sebuah syarikat untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Permohonan dari syarikat tersebut telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada bulan Januari 2010.

Bagaimana tanah yang dipohon oleh penduduk kampung sejak tahun 2001, tiba-tiba diberi kepada sebuah syarikat? Dan lebih mendukacitakan lagi, syarikat tersebut dimilki oleh seorang Ahli Jawatankuasa Umno Tambun, seorang lagi ialah anak kepada Setiausaha Sulit Sultan Perak dan seorang lagi dikenali sebagai Tengku Poh. (Dato’ Poh Tak Kiau).

Saya juga mendapat tahu, syarikat tersebut dikuasai oleh Dato’ Poh yang memegang 50% saham.

Saya tertanya-tanya, bagaimanakah Umno boleh mengatakan mereka membela bangsa Melayu?
Dalam kes ini, semua 54 orang pemohon adalah berbangsa Melayu. Jumlah yang dipohon juga bukanlah luas sangat, hanya 2 ekar seorang untuk diusahakan sebagai sumber pencarian. Tiba-tiba, tanah yang telah dipohon dan diusahakan oleh penduduk kampung yang miskin, tiba-tiba diberikan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh bukan-Melayu yang sudah pun kaya raya.

Saya harap, Bang Mat dan Mediaperak dapat membantu mereka di Tualang Sekah.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.