Monday 24 February 2014

DUN Tualang Sekah Mendapat Anugerah Tahap Dunia Dari Barock Oboma



DUN Tualang Sekah baru-baru ini telah dianugerahkan oleh Barock Oboma satu gelaran tertinggi di dunia yang paling berprestij di atas kesetiaan tidak berbelah bagi di dalam menyokong penjajahan Firaun di DUN Tualang Sekah.


Menurut Barock Oboma, gelaran tersebut yang dipanggil The Firaun Last Order adalah gelaran khas dan paling istimewa untuk kaum yang tetap setia menyokong Firaun walaupun dah kena kencing berkali-kali dan banyak kali serta bertali-tali. Iaitu satu keadaan yang amat luar biasa bagi manusia yang berfikiran untuk melakukannya.

Bagaimanapun, Barock Oboma turut mengingatkan bahawa kebiasaannya gelaran tersebut hanya berlaku sekali sahaja di mana biasanya kaum yang telah mendapat gelaran The Firaun Last Order selalunya akan mula berubah selepas mendapat gelaran tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan untuk mengadakan satu lagi gelaran untuk dianugerahkan kepada penduduk DUN Tualang Sekah jika masih lagi menyokong Firaun selepas mendapat gelaran The Firaun Last Order.

Antara cadangan bagi nama gelaran terbaru tersebut, jika diperlukan adalah The Firaun Konar Baring. Bagaimanapun Barock Oboma menegaskan bahawa keputusan bagi nama gelaran tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan kongres Amerika.

Komen: Mari kite tengok, dapat ke idak kite di DUN Tualang Sekah gelaran The Firaun Konar Baring tersebut.

Penulis Asal: Kampar Beghosin

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.