Saturday 1 February 2014

Peruntukan Melibatkan UMNO Bahagian Kampar Lesap Ke Kedutaan Turki



Peruntukan oh peruntukan, kenapa kau pergi ke kedutaan Turki? Bukankah engkau sepatutnya turun ke Kampar untuk masyarakat Kampar? Untuk rakyat Kampar? Kemana wang peruntukan setelah Dato' Lee Chee Leong tiada?

Merenung sejenak tahun-tahun sebelumnya, boleh dikatakan masyarakat Kampar umumnya selesa termasuk le orang Melayu atau lebih spesifiknya persatuan dan organisasi yang berkaitan dengan penyaluran khidmat masyarakat di bumi Kampar.

Mana tidaknya jadi begitu kalau manusia yang dipertanggungjawabkan iaitu Dato' Lee Chee Leong benar-benar menjalankan tanggungjawab beliau dengan sebaik-baiknya. Zaman Dato' Lee Chee Leong, zaman makmur dan memang zaman selesa, sekurang-kurangnya peruntukan yang sepatutnya, memang sampai juga ke kampung-kampung dan bagi persatuan dan organisasi pula hanya ajukan masalah dan mohon bantuan, InsyaAllah dapat.

Malang, derita, kesialan dan dajal majal muncul tidak diundang ke bumi Kampar bila bertukar aje tanggungjawab pengurusan peruntukan ke tangan UMNO. Ya, UMNO atau lebih tepat lagi UMNO Bahagian Kampar.

Pengganti Dato' Lee Chee Leong, siapa atau apa pun nama makhluk ni, sebaliknya tidak bersikap seperti Dato' Lee Chee Leong. Mungkin sebab agama berbeza, tu yang berbeze tu. Langsung idak le die nak masuk kampung ke, menjenguk kampung ke. Mungkin sebab dia tak suka mencium bau taik ayam yang bersepah di kampung gamaknya.

Atau mungkin makhluk ni sengaja mensabotaj UMNO Kampar dalam diam supaya Kampar pun tumpo macam Batu Gajah. Takkan ler pulak ye tak? Tapi kalau dipikir, dipikir, dipikir, dipikir... ada masuk akal juge. Mau aje teman panggil deme ni lembu macam budak sekolah yang kena di Sungkai baru-baru ni.

Tapi... bila bab peruntukan ni, kalau mengikut maklumat dari RSJK (Rangkaian Spy Jebon Kampor), memang sah dikroni-kroni atau dipelior-peliorkan dek geng dan kaum sekandang deme. Ish... aje yang lembu betul. Bior pulak Dato' Lee Chee Leong, dalam kapior dia, masih ada akal manusia lagi.

Spy-spy jebon juga memaklumkan bahawa golongan peniaga kecil dan generasi muda-muda memang dah naik fedap dan dah rasa nak muntah dengan UMNO. UMNO Haprak kata deme. Hangin juga teman bila deme bercakap macam itu depan batang hidung teman, tapi dek kerana benda betul, tahan aja le.

Bila dikenang-kenang kenangan manis sebelum pilihanraya hari tu, amboi... pemimpin-pemimpin utama BN di Kampar kata ape tau? "BN telah masuk ke kampung-kampung dan telah mendengar denyutan nadi rakyat dan pemimpin-pemimpin kampung termasuk cawangan-cawangan parti". Kemudian si pemimpin utama yang paling oh-tai ni tadi bercakap lagi pasal KPI ler entah apa le lagi. Tapi kalau diperhatikan keadaan hari ini, teman nak sebut satu ayat... "Kepale hatok die KPI... KPI". UMNO Kampar dah nak tersungkor menerap dah ni dan memang sedang laju menuju ke lombong.

DS Najib sebut pasal 1 MALAYSIA, deme ni pulak di adjustnya sikit, masih lagi serupa bunyinya... deme punya moto... 1 KELUARGA he he he.

Paneh telinge sampai nak hangus taik telinge membace ayat teman? Tak ape le, kome jangan risau sebab kome gerenti akan dipilih dan disokong oleh ketua-ketua cawangan, perwakilan-perwakilan dan juga pengundi-pengundi hantu. Dalam bahasa kesatnya, "pemilihan paling kejam dan busuk dengan rasuah... inilah jawapan bagi kemenangn atau "denyutan rakyat kampo". Entah apa yang berdenyut, entah le.

Juara atau johan 1 KELUARGA di Kampar sehingga ke hari ini sentiasa boleh gelak di atas kuda dan juga kereta kuda deme setiap hari kerana boleh dapat balak dan yang paling best dan senang... jual tanah Kampar sesuke hati macam tanah mak bapak deme.

Satu lagi teman nak tanya, tanah koperasi, mana ke hilang melayangnya? Eh... baru teringat, S/U dah bertukor kannnn? Ermmm... hilang le sejarah lampau ye tak? Sape pun tak tau he he he.

Bodohnye Melayu ni...yg bijak sikit tu depa tengah ngecai kan Ahli Majlis, ketua kampung, lembaga pelawat dan mane-mane lubang yang ada jadi pak sanggup untuk mempertahankan deme.

Aduuuuuh... ubah ler kome oiiiii...itupun jika mahu rakyat Kampar terbela le. Kalau idak, lantak kome le.

Satu lagi, sebelum teman pergi mancing, kalau kome senang-senang atau boring-boring, ci kome buat lapuran polis pasal PMMPIN kome yang dah hilang tak nampa-nampak dah nih hehehe...


Penulis: Senapang Tunjai



No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.