Saturday 8 February 2014

Imam Masjid Tualang Sekah Dipecat?



Kemaskini politik Umno Kampar mendapati seorang imam di Masjid Kg. Tualang Sekah di Malim Nawar di dalam daerah Kampar telah dipecat beberapa hari yang lepas melalui satu surat rasmi.


Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, pemecatan tersebut ada kaitan dengan isu khutbah di dalam solat Jumaat yang lepas yang telah diberikan oleh bekas imam terbabit.

Khutbah yang dikatakan menghentam kerajaan itu dipercayai telah menyebabkan ada pihak pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan telah memberikan tekanan kepada pihak masjid untuk memecat beliau.

Kesan daripada tindakan pemecatan itu, pihak dari parti pembangkang sedang sibuk menyalahkan pihak dari parti pemerintah iaitu Umno sebagai dalang di sebalik tindakan tersebut.

Kami di RK telah menghantar spy Jebon kami ke Kg.  Tualang Sekah untuk siasatan lanjut dan kemaskini lanjut akan kami berikan kemudian.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.