Wednesday 29 January 2014

Hantu Jenglot Mengganas di Kampar


Selama ini kita hanya mendengar tentang JENGLOT di suratkhabar dan biasanya dikaitkan dengan Indonesia terutamanya di Pulau Jawa. Namun, baru-baru ini hantu JENGLOT telah dikesan mengganas di Kampar. Menurut beberapa penduduk kampung di sekitar Kampar yang telah dihubungi, mereka mengakui kebenaran kisah JENGLOT tersebut namun tiada seorang pun yang pernah bertemu hantu JENGLOT tersebut.


Hasil daripada soal selidik lanjut yang kami jalankan, akhirnya, berjaya juga kami mengetahui nama gelaran bagi hantu JENGLOT tersebut.

Menurut satu sumber rahsia kami, nama gelaran bagi hantu JENGLOT tersebut adalah Senapang Tunjai.

Senapang Tunjai atau hantu JENGLOT ini selalu mengganas di laman-laman, tetapi bukanlah di laman rumah atau laman menesah atau laman masjid, tetapi laman sosial terutamanya Facebook.

Amaran bagi penduduk kampung, anda tidak perlu risau kerana hantu JENGLOT ini hanya "mengganas" berkaitan isu-isu politik sahaja atau lebih tepat lagi, isu politik Kampar. Anda boleh menyimpan semula senapang laras satu RELA yang dipinjamkan dek kerajaan tu.

Okay, sambung buat kerja balik.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.