Wednesday 29 January 2014

Hubungan Anwar Ibrahim dan Nolee Ashilin



Ketika artikel ini ditulis, dunia politik Malaysia sedang sibuk dengan cerita Anwar Ibrahim berkeinginan bertanding di DUN Kajang. Bagaimanapun, bagi UMNO Bahagian Kampar, sila hentikan jika ada rasa "mengidam" untuk menghentam isu Anwar Ibrahim bertanding di Kajang. Ini kerana ada "skandal" berkait dengan Kampar yang rakyat marhaen malas nak bercakap aje.

Bukan apa, bak kata orang tua-tua, jaga tepi kain sendiri dulu dan beringat-ingatlah pepatah "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak". Takut nanti, kalau si Anwar Ibrahim shoot mike dengan kuasa api Otromen Taro, tak sempat mengelak, mau jadi arang pulak.

NOT bukanlah jeles ke apa, tapi kalau diteropong-teropong DUN Tualang Sekah sekarang ni, dari mana datangnya ADUN yang sedang duduk bertenggek di depan kedai Pak Usop di simpang tu? Adakah dari Kg. Kote atau dari Kg. Batu Satu atau memang dia lepak di depan Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah?

"Bau" yang teman tercium cuma bau Tambun aje. Tak tahulah pulak kalau-kalau tersalah bau, maklum aja kadang-kadang NOT terselsema :)

Kalau agak-agak dah boleh jawab soalan di atas tu, habis tak reti-reti lagi nak diam daripada berkokok?

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.