Sunday 5 January 2014

Kampar; Seketul ais di tengah bara api

Pemimpin negeri telah silih berganti namun Kampar Untuk Masyarakat mElayu (KUME) bukannya makin ke hadapan tetapi masih di tahap yang sama bahkan mungkin lebih teruk, iaitu ke belakang. Contoh terdekat adalah tahap "keceriaan" untuk KUME di Kampar, apa yang boleh anda banggakan?


KUME langsung tidak mempunyai keceriaan di dalam daerah Kampar. Tiada keceriaan maknanya seolah-olah Kampar itu seperti gambar hitam putih, seperti gambar-gambar di dalam foto zaman 50an dan 60an. Baik di kampung-kampung, di pekan-pekan apatah lagi, seperti berada di kota Nanjing atau Fuxian atau Colombo di Sri Lanka.

Pencapaian dan perkembangan ekonomi KUME di Kampar juga boleh dikatakan sebagai hambar, masam, pengo tanpa suatu apa pun yang boleh atau layak untuk diwar-warkan untuk menjadi rangsangan kepada yang lain.

Jika tidak kerana peluang pekerjaan di dalam organisasi kerajaan dan kilang di luar Kampar, mungkin sahaja penduduk daerah Kampar boleh dinobatkan sebagai salah satu daerah yang penduduk asalnya mempunyai kadar pendapatan paling rendah di Malaysia.

Atau, boleh jadi, suatu hari nanti, Kampar hanya akan dipenuhi KUME apabila tiba hari raya dan akan kembali menjadi rumah orang-orang tua terbesar di dunia apabila mereka kembali ke kota.

Di mana ikhtiar dan usaha penduduk Kampar dan ke mana perginya minda pemimpin-pemimpin di Kampar? Adakah telah lemas tenggelam ke dalam lombong-lombong yang berselerak di serata ceruk daerah Kampar?

Janganlah dibiarkan KUME terus tenggelam tanpa wawasan, tanpa cita-cita, tanpa arah, tanpa pasukan dan pimpinan yang berwawasan untuk menjadikan Kampar yang ceria untuk KUME.

Pendeknya, Kampar memerlukan bukan sekadar satu SUNTIKAN BARU tetapi beberapa SULAAN BARU untuk membolehkan transformasi positif boleh berlaku atau bermula.

Harapnya janganlah sampai pepatah "menunggu kucing bertanduk" terpaksa digunakan nanti.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.