Thursday 30 January 2014

Kampar Bakal Tenggelam Tanpa Kehadiran Superman



PRU 14 yang akan menjelang tidak lama lagi dijangkakan bakal menjadi satu peristiwa hitam jika tiada perubahan positif yang drastik dan bersifat revolusi berlaku di Kampar.

Jika dahulu semasa BN memegang tonggak kuasa di Kampar, semua kumpulan, persatuan dan lapis masyarakat boleh bernaung untuk kehidupan yang lebih selesa. Masyarakat seharusnya berterima kasih kepada Dato' Lee Chee Leong di atas segala jasa dan budi beliau yang tidak mengenal kaum, warna kulit dan bahasa.

Cukup kita berbicara tentang perkara yang telah lepas.

Pada hari ini, apa yang berlaku di daerah Kampar persis seperti pekan yang telah diserang zombi Kg. Pisang. Masing masing terpaksa mencari jalan sendiri. Yang menjadi kepala pula seolah olah patung lilin yang dipakaikan atau disematkan lencana "sheriff" semata mata.

Kelihatannya anak anak buah kepala pula yang sibuk mengumpul harta rampasan untuk disimpan di rumah sendiri atau di dalam bahasa bukan puitisnya, disebut kronisme. 

Masyarakat pula terus terbiar untuk menjadi mangsa zombi. Hari demi hari semakin ramai zombi yang menjangkiti lebih ramai ahli dalam masyarakat. Kenyataannya, Kampar pada hari ini telah dikuasai zombi. Jika sebelum ini hanya sebahagian dari Kampar sahaja yang terlibat, kini, itu bukan lagi hakikatnya.

Kampar memerlukan seorang Superman! Kampar memerlukan seorang Hero! Kampar memerlukan seorang Reformis!

Pendeknya, Kampar memerlukan berlakunya proses REVOLUSI untuk berubah. Untuk proses revolusi berlaku, kita memerlukan seorang hero. Bukan hero sebarang hero, tetapi hero yang mungkin hampir menyamai tahap Amitabh Bachan atau Sivaji atau sekurang-kurangnya hero filem Padaiyappa.

Kampar kini adalah ibarat kata orang putih "no man's land" yang berupa ruang vakum atau kosong gersang tanpa warna, semangat dan jiwa.

Hero yang kita perlukan mestilah mampu menjana gerakan dan semangat baru di Kampar. Yang disokong oleh sebuah pasukan yang setia tidak berbelah bagi dan bersemangat sekurang-kurangnya seperti hero filem Padaiyappa juga.

Persoalannya, adakah kita mempunyai hero sekuat itu ketika ini? Dan adakah kita mampu membina pasukan sekuat itu?

Jika tiada, tunggulah saat dan ketika yang merujuk kepada tajuk artikel ini.

Jika kita mempunyai akal yang waras, fikir fikirkanlah sedalam dalamnya secepat mungkin kerana masa terus berdetik, kalendar kuda terus dikoyak setiap hari tanpa henti menunggu kita menjelang PRU 14.

Selamat berjumpa kembali selepas PRU 14. Harap harapnya bukanlah sebagai seorang zombi Kg. Pisang.


Sumber : Senapang Tunjai

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.