Friday, 28 February 2014
Tinggalkan UMNO Atau Ada Solusi Yang Lebih Baik Dan Terbaik?
Apabila masyarakat mengeluh, UMNO lah yang pastinya menjadi sumpahan dan seranah. Mungkin kita selalu mendengar ayat indah berbudi bahasa yang berbunyi "UMNO Tak Boleh Diharap", "UMNO Sibuk Mengenyangkan Perut Sendiri dan Kroni" dan pelbagai macam gaya bahasa lagi. Apa kate mike? Apa pendapat mike? Adakah langkah terbaik buat kita di Kampar adalah meninggalkan UMNO?
Umno Bahagian Kampar Mengabaikan Undi Dari Bukit Pekan?
Kisah ini adalah kisah yang dihantar oleh spy Jebon RK di Kampar yang dikutip dari rangkaian sosial berkenaan kisah ahli masyarakat Bukit Pekan yang terabai seperti saudara kita berbangsa Rohingya di Myanmar. Bezanya, ahli masyarakat yang terabai ini adalah rakyat Malaysia dan tertakluk di bawah zon Umno Bahagian Kampar.
Thursday, 27 February 2014
ADUN Tualang Sekah & Akujanji Orang Tak Bersekolah
ADUN Tualang Sekah telah menyebut berkenaan Akujanji Empat teras iaitu pendidikan, infrastruktur, ekonomi dan penempatan yang mampu melonjakkan Tualang Sekah sebagai kawasan pertumbuhan baru. Apa kaitannya dengan "orang tak bersekolah"? Tunggu sambungan bagi artikel ini tidak lama lagi.
Skandal Tanah DUN Tualang Sekah (Koleksi)
Skandal Tanah DUN Tualang Sekah ini adalah kes lama. Namun semua ini adalah penting untuk proses pembelajaran dan pemahaman tentang sejarah dan perkembangan sosial di Kampar dan DUN Tualang Sekah juga Malim Nawar. Untuk itu, kita akan mula mengumpulkan segala skandal dan kelemahan yang berlaku di Kampar dan juga DUN Tualang Sekah. Bukan untuk menentang tetapi untuk proses pembelajaran dan proses menguatkan ingatan keranaTun Dr Mahathir selalu mengatakan bahawa Melayu mudah lupa.
Tuesday, 25 February 2014
Kenapa Kampar & Tualang Sekah Kini Berada Dalam Radar Di PWTC?
Desas-desus yang sedang berlegar di kalangan geng-geng tertentu ketika ini adalah cerita atau mungkin sahaja khabar angin bahawa Kampar dan Tualang Sekah kini adalah di antara beberapa nama tempat yang berada di dalam radar utama seseorang di PWTC.
Perak Negeri Miskin? Kampar & Malim Nawar?
Negeri Perak di mata umum rakyat Malaysia dipandang sebagai negeri miskin. Memanglah ada juga kebenarannya apatah lagi negeri Perak sememangnya tiada minyak dan emas secara massa. Namun begitu, kenapa tidak kita juga melihat akan keadaan Kampar dan Malim Nawar. Dari sudut persepsi, bagaimana kita menilai tahap kekayaan Kampar dan Malim Nawar?
Monday, 24 February 2014
DUN Tualang Sekah Mendapat Anugerah Tahap Dunia Dari Barock Oboma
DUN Tualang Sekah baru-baru ini telah dianugerahkan oleh Barock Oboma satu gelaran tertinggi di dunia yang paling berprestij di atas kesetiaan tidak berbelah bagi di dalam menyokong penjajahan Firaun di DUN Tualang Sekah.
ADUN Tualang Sekah Akan Berganti Di Dalam PRU
ADUN Tualang Sekah ketika ini boleh dianalogikan seperti ular bersalin kulit apabila dah cukup haul. Kalau analoginya adalah ular, maka ularnya tetap ular yang sama walaupun bersalin kulit. DUN Tualang Sekah tidak layak untuk ular yang asyik bersalin kulit. PRU kali ini kita tidak akan membenorkan dan akan berusahe semampu mungkin untuk memastikan spesis ular tidak lagi menjadi ADUN Tualang Sekah.
Saturday, 22 February 2014
Skandal Peruntukan 200 Ribu Fun Race Motocross Tebing Tinggi Di Kampar.
Fun Race atau Santai motocross Tebing Tinggi di Kampar Perak dikatakan berkait dengan skandal bernilai 200 Ribu Ringgit. Sejauh mana kebenarannya?
Saturday, 15 February 2014
Piramid Ditemui Di Kampar Perak
Sebuah piramid telah dijumpai di Kampar Perak di satu lokasi yang masih lagi dirahsiakan oleh pihak berkuasa tempatan ketika ini. Piramid tersebut yang dikatakan mempunyai saiz yang sama dengan piramid Khufu di Mesir telah dijumpai oleh seorang pencari petai dari Kampar beberapa minggu yang lepas. Menurut satu sumber lain mengatakan bahawa piramid tersebut sebenarnya telah dijumpai lebih tiga puluh tahun yang lalu namun hanya baru baru ini sahaja diceritakan kepada umum setelah dijumpai oleh pencari petai tersebut.
Monday, 10 February 2014
SPRM Akan Berkampung Di Kampar Kerana Kes Tanah Di Tanjung Bangkong
Daerah Kampar Perak adalah salah satu daerah di dalam negeri Perak yang banyak isu tanah. Daripada kes tanah ribuan hektar yang dikurniakan oleh mantan pembesar paling besar negeri Perak hinggalah kepada kes kes tanah sekangkang kera.
5 Cawangan Bank Akan Dibuka Di Malim Nawar, Kampar
Hasil daripada kemajuan yang dibawa oleh Umno Kampar yang diketuai oleh Ketua Tukun Bahagian Umno yang dinamik dan juga Yang Beradun Tualang Sekah, 5 lagi bank komersial akan membuka cawangan mereka di Malim Nawar.
Sunday, 9 February 2014
Kemaskini Imam Masjid Kg Tualang Sekah Dipecat
Kes imam masjid Kg Tualang Sekah dipecat kini telah pun kecoh di Kampar. Berikut adalah kemaskini yang mampu kami perolehi setakat ini. Kelihatannya pemecatan tersebut memang secara rasmi yang mana boleh dilihat dari surat tersebut.
Saturday, 8 February 2014
Imam Masjid Tualang Sekah Dipecat?
Kemaskini politik Umno Kampar mendapati seorang imam di Masjid Kg. Tualang Sekah di Malim Nawar di dalam daerah Kampar telah dipecat beberapa hari yang lepas melalui satu surat rasmi.
Tuesday, 4 February 2014
UMNO Kampar Dijerit Apabila Kampar Menjerit!
Orang Kampar dah nak menjerit! UMNO Kampar Dijerit! UMNO Kampar Digigit! Kalau pembangkang, mereka memang suka menggigit, tapi kali ini bila orang UMNO dan penyokong UMNO sendiri menggigil-geletar menahan diri untuk menjerit & menggigit dek kerana masalah dalaman semakin membukit, jangan sampai UMNO Kampar kena burit!
Video ADUN PKR Hutan Melintang Bergaduh Di Kampar
Berikut adalah video ADUN PKR Hutan Melintang Bergaduh Di Kampar, kalau tak salah la. Beliau yang dikatakan meletak jawatan beberapa hari lepas, dikatakan terlibat di dalam pergaduhan ini. Kejadian pergaduhan ADUN PKR Hutan Melintang ini telah direkodkan oleh siapa pun tidak dapat dipastikan.
RK memohon maaf sekiranya ada kesilapan teknikal.
RK memohon maaf sekiranya ada kesilapan teknikal.
Monday, 3 February 2014
Artikel Bersiri Terbaru Dalam Pembikinan: Kit Kit Kit, Kuih Bangkit. KAMPAR MESTI BANGKIT!!!
Nantikan artikel ekslusif bersiri yang lebih panas berdehing seperti memancin di tengah hari bute di lombong dan juge lebih pedas dari cabe burung Changkat Tualang. Tunggggguuuuuuu...
Antara topik-topik panas termasuklah skendel atau skandal yang dinamakan "Skandal Pertukaran Duit Satu Beg Jebon Di Jambatan" yang sungguh "menakutkan" seperti cerita wayang BERGAMBAR Harry Potter yang Ketua Tukun pun tak bleh celen mamat nih punya terer hehehe...
Produk Pelancongan Terbaru Negeri Perak: Little Saigon Di Kampar
Sekirenye mike ingin merasa pengalaman ke Vietnam, mike tak perlu pergi melancong sampai ke Vietnam. Buat apa menghabiskan duit kalau mike boleh merasai sendiri pengalaman hidup seharian di Saigon iaitu salah satu bandar di Vietnam. Malah pengalaman anda di Little Saigon yang terletak di daerah Kampar ini lebih seronok kerana Little Saigon Di Kampar membawakan pengalaman bandar Saigon ketika era perang Vietnam dahulu.
Gagasan Baru Pembangunan Melayu Kampar
Menurut satu sumber, satu gagasan baru untuk pembangunan Kampar dengan objektif khusus untuk membangunkan ekonomi Melayu Kampar akan dilancarkan tidak lama lagi. Gagasan ekonomi yang melibatkan peruntukan berjuta juta ringgit ini diharapkan akan menjana peningkatan pendapatan kaum Melayu di Kampar.
Sunday, 2 February 2014
Umno Kampar Meningkatkan Hasil Kampung Dengan Telor
Umno Kampar membuktikan bahawa mereka telah berjaya meningkatkan hasil kampung bagi penduduk kampung. Kalau mike tak percaya, kalau mike naik kereta dari Batu Gajah ke Changkat Tualang, mike akan nampak buktinya.
Saturday, 1 February 2014
Peruntukan Melibatkan UMNO Bahagian Kampar Lesap Ke Kedutaan Turki
Peruntukan oh peruntukan, kenapa kau pergi ke kedutaan Turki? Bukankah engkau sepatutnya turun ke Kampar untuk masyarakat Kampar? Untuk rakyat Kampar? Kemana wang peruntukan setelah Dato' Lee Chee Leong tiada?
Subscribe to:
Posts (Atom)