Saturday, 22 February 2014
Skandal Peruntukan 200 Ribu Fun Race Motocross Tebing Tinggi Di Kampar.
Fun Race atau Santai motocross Tebing Tinggi di Kampar Perak dikatakan berkait dengan skandal bernilai 200 Ribu Ringgit. Sejauh mana kebenarannya?
Program tersebut juga dikatakan telah dianjurkan secara terlalu profesional hinggakan semuanya seolah olah seperti bertepatan dengan pepatah Melayu "Dah nak terberak baru nak menggali lubang".
Revolusi Kampar telah dimaklumkan oleh beberapa sumber bahawa penganjuran program tersebut pada kali ini tidak berapa lancar seperti sebelum ini. Berbanding dengan program yang serupa pada tahun lepas, penganjur kali ini adalah oleh Umno Cawangan Kg. Tebing Tinggi di Malim Nawar dengan kerjasama Gerakan Belia 4B.
Hasil daripada tinjauan kami, memang ramai penduduk di sekitar Malim Nawar dan juga Kuala Dipang yang tidak menyedari adanya program Fun Race Motorcross Tebing Tinggi tersebut.
Risikan Spy Jebon 007 kami mengatakan bahawa pihak penganjur turut mengadakan promosi melalui radio dan juga kain rentang. Bagaimanapun, pada pemerhatian kami, kain rentang hanya dipasang di pintu masuk ke kawasan perlumbaan sahaja. Sekiranya pihak penganjur mengatakan ianya telah dipasang merata-rata, mungkin kali ini mereka telah menggunakan kain rentang ajaib atau halimunan.
Rumusan Kami Tentang Prestasi Program Fun Race / Santai Motorcross Tebing Tinggi, Malim Nawar 2014.
Apa yang dapat dirumuskan daripada hampir sehari suntuk kami di sana, kadar kehadiran penonton adalah jauh lebih rendah daripada program pada tahun lepas. Begitu juga dengan penyertaan di mana di dalam program kali ini tiada peserta luar negara yang dapat dilihat.
Bagaimanapun, kami terpaksa mengakui satu fakta, bahawa pihak penganjur boleh dikatakan atau dianggap berjaya di dalam penganjuran progam ini. Ini kerana, kemeriahan tetap wujud, peluang pendapatan buat peniaga kecil-kecilan juga nampaknya boleh dianggap baik dan yang paling penting penyertaan dan sokongan dari pelumba-pelumba dari sekitar Kampar dapat dilihat dengan jelas.
Namun begitu, kami menyarankan agar pihak penganjur dapat melakukan penambahbaikan dari segi perancangan penganjuran untuk program pada tahun yang akan datang.
Sumber: Leman Kapak
Labels:
Leman Kapak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri
Note: only a member of this blog may post a comment.