Monday, 3 February 2014

Gagasan Baru Pembangunan Melayu Kampar



Menurut satu sumber, satu gagasan baru untuk pembangunan Kampar dengan objektif khusus untuk membangunkan ekonomi Melayu Kampar akan dilancarkan tidak lama lagi. Gagasan ekonomi yang melibatkan peruntukan berjuta juta ringgit ini diharapkan akan menjana peningkatan pendapatan kaum Melayu di Kampar.

Gagasan yang hebat ini yang dikenali sebagai GTS Kampar dikhabarkan adalah sebagai satu langkah yang lebih tersusun untuk membangunkan Melayu Kampar. GTS atau nama penuhnya, Gagasan Tukun Sekandang ini kini telah berada di peringkat akhir kajian sebelum pelaksanaan sepenuhnya untuk 5 tahun akan datang.

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut sila berhubung dengan setiausaha gagasan yang berpejabat di Pejabat Kandang Kuda, Kampar yang terletak berhadapan dengan simpang ke Teluk Intan.


Penulis : Kampar Beghosin

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.