Kisah ini adalah kisah yang dihantar oleh spy Jebon RK di Kampar yang dikutip dari rangkaian sosial berkenaan kisah ahli masyarakat Bukit Pekan yang terabai seperti saudara kita berbangsa Rohingya di Myanmar. Bezanya, ahli masyarakat yang terabai ini adalah rakyat Malaysia dan tertakluk di bawah zon Umno Bahagian Kampar.
Kemaskini 1/3/2013:
Bekerja sbg pemandu lori dengan anggaran pendapatan bulanan RM900 dan menyara 5 orang anak(3 bersekolah) dan isteri sebagai suri rumah sepenuh masa.
...............................................
Oleh kerana teman nak pergi nyusun sejadah di menesah sekejap lagi, make, teman just copy and paste aje emel yg diantor dek spy Jebon nih. Terimalah:
...............................................
Tidak lena tidur teman malam ni ada cerita nak di kongsi.
Kisah keluarga mempunyai 5 anak 4 masih dibangku sekolah memohon bantuan membaiki rumah yang rosak sampai sekarang belum dapat lg. Hampir setahun dah pengadu memohon.
Yayasan Bena Upaya gagal. Maitulmal Gagal. tapi yang sedih nya tiada alasan dan tunjuk sebab kenapa gagal. Nak kata pemohon orang senang dia kais pagi makan pagi jer. Bila berjumpa dgn pegawai berkenaan lembut gg dari lidah Insaallah berjaya. Anak semuanya tidur di ruang tamu rumah ini hanya 1 bilik shj. Risau bila meniggal kan rumah bila berkerja di malam hari. Hanya berserah pada yg maha esa.
Sekarang ini banyak kes pecah rumah rompakan bersenjata di kg ini. Adakah selamat untuk keluarga ini sekarang... Wahai YBU BAITULMAL janganlah dindong2 bila diasak dengan soalan...
Pesan RK:
Kalau agak - agak telah menerima tanggungjawab tu paham-paham aje le untuk buat kerja ya.
No comments:
Post a Comment
Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri
Note: only a member of this blog may post a comment.