Negeri Perak di mata umum rakyat Malaysia dipandang sebagai negeri miskin. Memanglah ada juga kebenarannya apatah lagi negeri Perak sememangnya tiada minyak dan emas secara massa. Namun begitu, kenapa tidak kita juga melihat akan keadaan Kampar dan Malim Nawar. Dari sudut persepsi, bagaimana kita menilai tahap kekayaan Kampar dan Malim Nawar?
Mari kita bandingkan daerah-daerah yang ada di dalam negeri Perak. Memang Daerah Kampar adalah daerah yang paling muda dari segi gelaran daerah, namun daerah Kampar ini pastinya telah wujud sepertimana daerah-daerah lain juga.
Jika daerah-daerah di dalam negeri Perak ini dianalogikan sebagai pelumba lari, jika diadakan pertandingan lumba lari di antara daerah-daerah ini, di manakah kedudukan Kampar berbanding daerah-daerah yang lain? Gunakan sudut progresif bangsa Melayu sebagai kayu ukur utama. Apa yang akan dapat kita simpulkan?
Secara kasarnya mungkin ramai yang mengatakan progres kemajuan Kampar dan Malim Nawar adalah perlahan yang bermakna Kampar adalah yang paling tercorot. Bagi NOT pula lebih suka mengatakan bahawa Kampar dan Malim Nawar dari sudut progresif bangsa Melayu sebenarnya bergerak ke belakang di dalam perlumbaan lari tersebut. Kenapa NOT beria-ia benar berperasaan negatif sebegini? Mungkin dek sebab dah terlalu lama dikencing, diperlembu dan dilewati yang menyumbang kepada situasi, minda dan aura negatif penduduk Kampar dan Malim Nawar.
Apa yang Melayu ada di Kampar dan Malim Nawar? Berapa banyak pertambahan kedai Melayu di Kampar dan Malim Nawar? Jika tidak kerana pekerjaan yang ditawarkan oleh kerajaan atau kilang-kilang di luar Kampar dan Malim Nawar, mungkin anda boleh berkelah di atas jalanraya dari Kampar ke Changkat Tualang melalui Malim Nawar.
Sebelum ini, mungkin Kampar boleh berbangga dengan CPT dan Makolin. Hari ini apa yang tinggal?
NOT ingin bertanya kepada saudara dan saudari di Kampar dan Malim Nawar semua, adakah ini tanda kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita di Kampar dan Malim Nawar?
Tidakkah kita ingin merasai satu pengalaman diketuai oleh manusia yang berbeza dari manusia atau keluarga yang sama selepas ini? Cukup-cukuplah kita mendengar janji demi janji dari insan, keluarga & kroni itu. Cukup-cukuplah!
Lebih daripada 30 tahun saudara dan saudari sekalian. Kita telah berkali-kali diperlembukan. Tidakkah kita mahu merasai pengalaman baru? Pengalaman baru selain daripada insan, keluarga dan kroni yang telah memperlembukan masyarakat Kampar dan Malim Nawar selama ini?
Perubahan itu bermula dari diri kita sendiri BUKAN orang lain.
Jom Berkalih Kite!
Penulis: Notivana
No comments:
Post a Comment
Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri
Note: only a member of this blog may post a comment.