Sunday, 2 February 2014

Umno Kampar Meningkatkan Hasil Kampung Dengan Telor



Umno Kampar membuktikan bahawa mereka telah berjaya meningkatkan hasil kampung bagi penduduk kampung. Kalau mike tak percaya, kalau mike naik kereta dari Batu Gajah ke Changkat Tualang, mike akan nampak buktinya.


Bukti yang teman maksudkan ialah sign board "Tingkatkan Hasil Kampung Kita" yang boleh mike lihat dah berkarat-karat pun hehehe. Itu aje le pun bukti yang ada kalau mike nakkan bukti. Lain entah le.

Kalau betul mike berguna, paling tidak kalau 5 tahun, dah masuk tadika anak mike. Kalau 10 tahun, dah boleh selalu bawak masjid dah anak mike tu. Kalau 15 tahun, dah boleh bawak ke kebun dah anak mike tu. Kalau 20 tahun, mike dah boleh berhenti motong getah dah. Kalau lebih dari itu? Teman ada jawapannya.

Kalau lebih dari 20 tahun, Tun Dr Mahathir dah berjaya memajukan negara dah. Tapi Kampar atau Umno Kampar, orang Melayu nya,  baik sikit dari zaman Jepun aje. Itu pun nasib baik Kampar tidak dikelilingi sungai lebar-lebar macam Sungai Muar atau Sungai Mississippi. Kalau tidak, nak balik raya pun mungkin kena naik sampan lagi.

Itulah Kampar yang kita bangga banggakan sangat. Nak teman perahkan asam limau ke atas luka mike lagi?

Cukup le dulu untuk hari ini, nanti kita sambung lagi.


Penulis Asal: Kudin Langsuyor


No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.