Monday, 6 January 2014

Keberkesanan UMNO Kampar sebagai wadah

Apakah UMNO masih relevan untuk membangunkan bangsa khususnya Melayu Kampar?
Jika sekadar membantu masyarakat yang sedang kesusahan sudah memadai, mungkin UMNO patut ditukar nama kepada UMWO iaitu United Malay Welfare Organization atau Pertubuhan Kebajikan Melayu Bersatu.


Atau mungkin juga Lebih baik jika UMNO Kampar dibubarkan, kemudian wujudkan satu persatuan baru untuk diletakkan di bawah agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat atau sebagai sebuah pertubuhan yang berkolaborasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa sebenarnya yang diharapkan dari UMNO atau di dalam konteks artikel ini, UMNO Kampar?

Sudah pastinya kita sebenarnya mengharapkan UMNO Kampar untuk menjadi nadi penggerak kepada kemajuan masyarakat khususnya Melayu di dalam pelbagai sudut terutamanya sumber perekonomian atau penjanaan sumber. Selain tanpa mengabaikan kemajuan tahap pemikiran dan juga tahap keIslaman di dalam masyarakat yang akhirnya menerbitkan Melayu Kampar yang boleh dipandang sebagai Melayu progresif dan aktif di dalam kehidupan.

Maka, sewajarnya kita mula menilai kembali apa yang telah tercapai oleh UMNO Kampar sekian lama ini? Dan, jika kita menilai, apakah jawapan atau keputusan yang mungkin diperolehi?

Kebarangkalian besarnya, jawapan ringkas kepada penilaian semula itu, jika disingkirkan segala ayat-ayat pemanis mulut dan bahasa yang selalunya digunakan apabila soalan prestasi diperdebatkan, jawapannya bolehlah disebut dengan perkataan 5 huruf iaitu; GAGAL.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.