Friday, 31 January 2014

Perdana Menteri Malaysia, MB Selangor dan UMNO KAMPAR; Satu Pelajaran.



Daripada tajuk artikel di atas, apa perkara yang boleh dipelajari oleh masyarakat Kampar? Negara Malaysia, negeri Selangor dan daerah Kampar. Terdapat banyak dan pelbagai macam perkara boleh disimpulkan hanya dengan memahami ketiga tiga perkara tersebut. Satu lagi set perkaitan yang boleh dihasilkan adalah Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Bahagian. Apa lagi set perkaitan yang boleh dihasilkan? Atau, bagaimana kalau kita cari perbezaan pula sebagai tambahan?

(Nota : Gambar di atas adalah gambar deretan kedai milik Melayu di Kampar)

Perdana Menteri bertukar dari Pak Lah kepada DS Najib, Menteri Besar bertukar dari DS Khir Toyo kepada TSDS Khalid Ibrahim dan dengar dengarnya mungkin akan bertukar lagi, tetapi Ketua Bahagian UMNO KAMPAR masih lagi insan yang sama. Adakah wujud masalah di sini? Tidak juga, kerana kita boleh merujuk kepada kes Tun Dr. Mahathir yang telah menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk lebih daripada 20 tahun.

Namun, masalah akan mula timbul ke permukaan apabila penilaian kita sampai kepada satu sudut lain iaitu pencapaian.

Peralihan dari Pak Lah ke DS Najib, Malaysia kini adalah yang ke-12 di dunia dari segi daya saing. TSDS Khalid Ibrahim pula sekurang kurangnya masih mampu mengekalkan momentum kerancakan ekonomi negeri Selangor. Tun Dr. Mahathir pula kini adalah ikon kepada pembangunan Malaysia iaitu satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan lagi kecuali manusia yang tidak mengenang budi seperti anjing yang terlepas dari tersepit.

Kampar? Setiap penduduk Melayu Kampar wajib mempunyai jawapan bagi soalan ini kerana jika Perdana Menteri untuk rakyat Malaysia, MB Selangor untuk rakyat Selangor, maka UMNO Kampar sewajarnya untuk Melayu Kampar. Tidak mungkin UMNO Kampar untuk Cina Kampar.

Jika sebelum ini kita selalu mendengar kata kata biadap mengutuk Tun Dr Mahathir sebagai diktator, paling tidak Malaysia jauh berganda ganda lebih baik dari negara-negara yang diperintah diktator di benua Afrika.

Juga penting untuk difikirkan bahawa Tun Dr Mahathir juga tidak meletakkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia sebagai pengganti beliau.

Kampar? Anda boleh lihat sendiri dan fikirkan sendiri. Sendiri sokong sendiri tanggung. Kecualilah anda berada di dalam kandang yang sama dengan oh-tai yang sedang memegang tampuk, anda mungkin akan memandangnya berbeza kerana perut anda sudah semakin jauh meninggalkan kepala anda ke belakang.

Atau mungkinkah juga kerana masyarakat Melayu Kampar terutama yang lelaki sudah tidak mempunyai organ untuk menghasilkan hormon Testosteron?

Maka, sekali lagi, NOT ingin mengajak pembaca semua mula menggunakan akal dengan lebih waras dan tenang. Fikirkan, sampai bila dan adakah ini sudah suratan takdir yang masyarakat Melayu Kampar suka dan redha?



No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.