Wednesday, 29 January 2014
"Problem Child" UMNO Kampar Telah Bertaubat?
Ketika pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini, "problem child" ini turut bertanding merebut jawatan utama bagi UMNO Bahagian Kampar. Namun seperti yang telah dijangkakan, beliau kalah secara muktamad, tepat & pekat.
Walaubagaimanapun, ianya tetap merupakan satu kemenangan bagi si "problem child" kerana berjaya menyampaikan mesej dan satu getaran jika tidak gelombang ke dalam minda ahli-ahli UMNO di Bahagian Kampar bahawa "sesuatu perlu dilakukan untuk perubahan di Kampar".
Getaran itu, biarpun sememangnya menggetarkan jiwa individu tertentu, bukanlah mengharapkan satu keajaiban untuk berlaku sekelip mata atau di dalam tempoh setahun dua. Tetapi awas di tahun ketiga, kerana getaran mungkin saja bertukar menjadi gelombang jika "problem child" bijak bermain angin.
"Problem Child" yang NOT maksudkan di atas adalah saudara Khairul Azhar iaitu Ketua Cawangan UMNO Kg. Tebing Tinggi, Malim Nawar.
Secara umumnya, di dalam dunia politik Malaysia, saudara Khairul Azhar ini mungkin dianggap masih setahun jagung berpolitik dan mudah dianggap tidak layak untuk menerajui sebuah organisasi UMNO peringkat bahagian. Adakah si "problem child" ini sekadar bertindak semberono dan seorang yang tidak sabar menunggu atau tersalah langkah seperti apa yang disebut oleh DRM di dalam salah satu ucapan beliau?
Namun satu persoalan bermain di kepala NOT iaitu sama ada "problem child" tersebut telah bertaubat akhir-akhir ini? Selepas sesi pemilihan peringkat bahagian tempoh hari, cerita-cerita panas berkaitan si "problem child" seolah-olah telah pupus seperti pupusnya dinosaur. Langsung tiada kisah. Langsung tiada bunyi dan tidak berbunyi lagi seperti harimau yang taringnya telah dicabut oleh doktor gigi klinik Chee di Kampar.
Labels:
Notivana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri
Note: only a member of this blog may post a comment.