Wednesday, 29 January 2014

Kenangan Sungai Kunyit

Malim Nawar itu manis bunyinya apabila disebut dengan lidah. Generasi pada hari ini hanya mengenali nama ini semenjak kecil. Namun, wajib diketahui bahawa sebelum Malim Nawar, ia mempunyai satu nama lain yang popular sebelum itu sehingga ke zaman akhir orang putih di Tanah Melayu. 

Mari berkenalan dengan Sungai Kunyit.

Jika kita berbicara dengan orang-orang lama di sekitar Malim Nawar dan Kuala Dipang, pastinya nama Sungai Kunyit tidak menjadi masalah. Tetapi sayangnya bagaimana asal usul nama tersebut tidaklah dapat diketahui secara tepat melainkan disertai oleh perkataan 'mungkin'.

Salah satu 'mungkin' yang paling popular adalah kerana air sungai yang berwarna kuning dan berkelodak.

Ahh... mungkin saja ada sebab lain, tetapi apalah daya kita untuk mengetahuinya kerana tiada kata putus yang muktamad dapat diberikan untuk menjawab persoalan tersebut.

'Mungkin' kita patut biarkan sahaja ianya menjadi satu 'unsolved mystery'. Mungkin ianya lebih mengujakan.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.