Thursday, 30 January 2014

Poster Calon PRK Kajang Telah Tersalah Gantung



Apalah malangnya nasib Anwar Ibrahim dan PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN Kajang kerana poster calon telah terlebih dahulu digantung dek orang Malim Nawar semalam.


Kejadian tersalah gantung poster ini telah menimbulkan kemarahan rakyat di Malim Nawar yang terletak di dalam daerah Kampar sehingga telah menjadi satu isu yang mengganggu perasaan dan keinginan berkobar kobar orang ramai untuk menyambut Maulidul Rasul.

Majlis yang sepatutnya menjadi Majlis Sambutan Maulidul Rasul kini seolah olah telah bertukar menjadi PRK DUN Tualang Sekah nampak gayanya.

Adakah kita sudah terlalu "desperado" sehingga mudah sekali untuk terus menerus membuat kesilapan demi kesilapan?

Bukankah lebih baik letak gambar Masjid Nabi ke Mekah ke?

Tetapi bahagian yang paling menariknya, sepatutnya majlis tersebut dari mula sememangnya dianjurkan oleh AJK masjid tapi entah macam mana last minit ada pulak geng nak join pastu siap "hijack" lagi. Tu yang tak bleh tahan tu hahaha.

Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan pepatah moden yang NOT reka malam tadi "burung pipit dalam sarang enggang, mana ada ngam"sebab mana la pipit faham perasaan enggang.


Sumber : Panglima Sentang

No comments:

Post a Comment

Komen adalah di bawah tanggungjawab sendiri

Note: only a member of this blog may post a comment.