Friday, 28 February 2014
Tinggalkan UMNO Atau Ada Solusi Yang Lebih Baik Dan Terbaik?
Apabila masyarakat mengeluh, UMNO lah yang pastinya menjadi sumpahan dan seranah. Mungkin kita selalu mendengar ayat indah berbudi bahasa yang berbunyi "UMNO Tak Boleh Diharap", "UMNO Sibuk Mengenyangkan Perut Sendiri dan Kroni" dan pelbagai macam gaya bahasa lagi. Apa kate mike? Apa pendapat mike? Adakah langkah terbaik buat kita di Kampar adalah meninggalkan UMNO?
Umno Bahagian Kampar Mengabaikan Undi Dari Bukit Pekan?
Kisah ini adalah kisah yang dihantar oleh spy Jebon RK di Kampar yang dikutip dari rangkaian sosial berkenaan kisah ahli masyarakat Bukit Pekan yang terabai seperti saudara kita berbangsa Rohingya di Myanmar. Bezanya, ahli masyarakat yang terabai ini adalah rakyat Malaysia dan tertakluk di bawah zon Umno Bahagian Kampar.
Thursday, 27 February 2014
ADUN Tualang Sekah & Akujanji Orang Tak Bersekolah
ADUN Tualang Sekah telah menyebut berkenaan Akujanji Empat teras iaitu pendidikan, infrastruktur, ekonomi dan penempatan yang mampu melonjakkan Tualang Sekah sebagai kawasan pertumbuhan baru. Apa kaitannya dengan "orang tak bersekolah"? Tunggu sambungan bagi artikel ini tidak lama lagi.
Skandal Tanah DUN Tualang Sekah (Koleksi)
Skandal Tanah DUN Tualang Sekah ini adalah kes lama. Namun semua ini adalah penting untuk proses pembelajaran dan pemahaman tentang sejarah dan perkembangan sosial di Kampar dan DUN Tualang Sekah juga Malim Nawar. Untuk itu, kita akan mula mengumpulkan segala skandal dan kelemahan yang berlaku di Kampar dan juga DUN Tualang Sekah. Bukan untuk menentang tetapi untuk proses pembelajaran dan proses menguatkan ingatan keranaTun Dr Mahathir selalu mengatakan bahawa Melayu mudah lupa.
Tuesday, 25 February 2014
Kenapa Kampar & Tualang Sekah Kini Berada Dalam Radar Di PWTC?
Desas-desus yang sedang berlegar di kalangan geng-geng tertentu ketika ini adalah cerita atau mungkin sahaja khabar angin bahawa Kampar dan Tualang Sekah kini adalah di antara beberapa nama tempat yang berada di dalam radar utama seseorang di PWTC.
Perak Negeri Miskin? Kampar & Malim Nawar?
Negeri Perak di mata umum rakyat Malaysia dipandang sebagai negeri miskin. Memanglah ada juga kebenarannya apatah lagi negeri Perak sememangnya tiada minyak dan emas secara massa. Namun begitu, kenapa tidak kita juga melihat akan keadaan Kampar dan Malim Nawar. Dari sudut persepsi, bagaimana kita menilai tahap kekayaan Kampar dan Malim Nawar?
Monday, 24 February 2014
DUN Tualang Sekah Mendapat Anugerah Tahap Dunia Dari Barock Oboma
DUN Tualang Sekah baru-baru ini telah dianugerahkan oleh Barock Oboma satu gelaran tertinggi di dunia yang paling berprestij di atas kesetiaan tidak berbelah bagi di dalam menyokong penjajahan Firaun di DUN Tualang Sekah.
Subscribe to:
Posts (Atom)






