Friday, 7 March 2014

Titik Dan Bibit Epik Pertarungan MB Perak & Hamidah Osman



Peperangan tidak bermula secara tiba-tiba. Ada sejarah dan kronologi yang perlu difahami. Peperangan epik politik UMNO Perak pun tidak lari dari fakta tersebut. Merebak dan menyalanya krisis MB Perak dan Datuk Hamdah Osman yang tengah hot macam goreng pisang panas ini pun ada sejarah dan cerita lama yang perlu dikorek. Dan, penting juga untuk memahami bagaimana dan kenapa pula UMNO Kampar juga berkait?


Krisis UMNO Perak Di Antara MB Perak & Hamidah Osman Berpunca Dari Kampar?



Ketika artikel ini ditulis, UMNO Perak sedang hangat dan mula mencanak memuncak berkaitan dengan perang "mulut bertutup" di antara Menteri Besar Perak dan Datuk Hamidah Osman.

Wednesday, 5 March 2014

Mungkinkah Skandal Tanah Sahom Akan Menjadi Refleksi Skandal Tanah Di Teja (Koleksi)?



Mungkin ramai yang telah lupa bahkan tidak sedar akan Skandal Tanah Mukim Teja beberapa tahun yang lalu. Mungkinkah perkara yang hampir serupa akan berlaku sekali lagi atau berkali-kali lagi? Mungkinkah Sahom menjadi "tagan" bahawa ianya sedang berulang?

Monday, 3 March 2014

KAMPAR Wajib Diselamatkan Secepat Mungkin



Keadaan KUME di Kampar kini sudah berada di tahap kritikal! Sudah sampai ketikanya untuk perubahan berlaku di dalam Umno Bahagian Kampar! Kita tidak boleh berlengah lagi! Jom Berkalih Kite! Atau Kampar bakal menjadi bubur Asyura dan KUME bakal menjadi ibarat beruk di pinggir hutan. UMNO Bahagian Kampar Perlu Bertransformasi!

Updates: Pencerobohan Tanah Kerajaan Di Sahom



Pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah,  PTG, Polis dan juga Rela bergerombolan ke Sahom hari ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ianya berkaitan dengan isu pencerobohan tanah kerajaan yang telah berlaku sekian lama di kawasan tersebut.

Sunday, 2 March 2014

Idea Penggalak Khurafat Perak Tourism; Pelancongan Paranormal



Adakah Perak Tourism sudah terlalu desperado untuk menggalakkan pelancongan di negeri Perak yang bertuah ini dengan Dato' mufti yang berani memperkatakan tentang kebenaran di tengah-tengah serangan bertali arus dengan satu konsep pelancongan terbaru yang dinamakan dengan satu nama yang indah mulus; Pelancongan Paranormal?

Datin Normah Hanum Yang Harum Memekar di Kampar



Datin Normah Hanum adalah isteri kepada Dato' Radzi Manan dan juga ibu kepada YB Nolee Ashilin iaitu ADUN Tualang Sekah. Tidak kira apa pun, Datin Normah Hanum adalah insan yang harum mekar di dalam membangunkan taraf pendidikan pelajar-pelajar di Kampar.


Friday, 28 February 2014

Tinggalkan UMNO Atau Ada Solusi Yang Lebih Baik Dan Terbaik?



Apabila masyarakat mengeluh, UMNO lah yang pastinya menjadi sumpahan dan seranah. Mungkin kita selalu mendengar ayat indah berbudi bahasa yang berbunyi "UMNO Tak Boleh Diharap", "UMNO Sibuk Mengenyangkan Perut Sendiri dan Kroni" dan pelbagai macam gaya bahasa lagi. Apa kate mike? Apa pendapat mike? Adakah langkah terbaik buat kita di Kampar adalah meninggalkan UMNO?


Umno Bahagian Kampar Mengabaikan Undi Dari Bukit Pekan?



Kisah ini adalah kisah yang dihantar oleh spy Jebon RK di Kampar yang dikutip dari rangkaian sosial berkenaan kisah ahli masyarakat Bukit Pekan yang terabai seperti saudara kita berbangsa Rohingya di Myanmar.  Bezanya, ahli masyarakat yang terabai ini adalah rakyat Malaysia dan tertakluk di bawah zon Umno Bahagian Kampar.


Thursday, 27 February 2014

ADUN Tualang Sekah & Akujanji Orang Tak Bersekolah



ADUN Tualang Sekah telah menyebut berkenaan Akujanji Empat teras iaitu pendidikan, infrastruktur, ekonomi dan penempatan yang mampu melonjakkan Tualang Sekah sebagai kawasan pertumbuhan baru. Apa kaitannya dengan "orang tak bersekolah"? Tunggu sambungan bagi artikel ini tidak lama lagi.

Skandal Tanah DUN Tualang Sekah (Koleksi)



Skandal Tanah DUN Tualang Sekah ini adalah kes lama. Namun semua ini adalah penting untuk proses pembelajaran dan pemahaman tentang sejarah dan perkembangan sosial di Kampar dan DUN Tualang Sekah juga Malim Nawar. Untuk itu, kita akan mula mengumpulkan segala skandal dan kelemahan yang berlaku di Kampar dan juga DUN Tualang Sekah. Bukan untuk menentang tetapi untuk proses pembelajaran dan proses menguatkan ingatan keranaTun  Dr Mahathir selalu mengatakan bahawa Melayu mudah lupa.

Tuesday, 25 February 2014

Kenapa Kampar & Tualang Sekah Kini Berada Dalam Radar Di PWTC?

Kampar dan Tualang Sekah di dalam radar pwtc


Desas-desus yang sedang berlegar di kalangan geng-geng tertentu ketika ini adalah cerita atau mungkin sahaja khabar angin bahawa Kampar dan Tualang Sekah kini adalah di antara beberapa nama tempat yang berada di dalam radar utama seseorang di PWTC.


Perak Negeri Miskin? Kampar & Malim Nawar?



Negeri Perak di mata umum rakyat Malaysia dipandang sebagai negeri miskin. Memanglah ada juga kebenarannya apatah lagi negeri Perak sememangnya tiada minyak dan emas secara massa. Namun begitu, kenapa tidak kita juga melihat akan keadaan Kampar dan Malim Nawar. Dari sudut persepsi, bagaimana kita menilai tahap kekayaan Kampar dan Malim Nawar?


Monday, 24 February 2014

DUN Tualang Sekah Mendapat Anugerah Tahap Dunia Dari Barock Oboma



DUN Tualang Sekah baru-baru ini telah dianugerahkan oleh Barock Oboma satu gelaran tertinggi di dunia yang paling berprestij di atas kesetiaan tidak berbelah bagi di dalam menyokong penjajahan Firaun di DUN Tualang Sekah.


ADUN Tualang Sekah Akan Berganti Di Dalam PRU

DUN Tualang Sekah


ADUN Tualang Sekah ketika ini boleh dianalogikan seperti ular bersalin kulit apabila dah cukup haul. Kalau analoginya adalah ular, maka ularnya tetap ular yang sama walaupun bersalin kulit. DUN Tualang Sekah tidak layak untuk ular yang asyik bersalin kulit. PRU kali ini kita tidak akan membenorkan dan akan berusahe semampu mungkin untuk memastikan spesis ular tidak lagi menjadi ADUN Tualang Sekah.


Saturday, 22 February 2014

Skandal Peruntukan 200 Ribu Fun Race Motocross Tebing Tinggi Di Kampar.



Fun Race atau Santai motocross Tebing Tinggi di Kampar Perak dikatakan berkait dengan skandal bernilai 200 Ribu Ringgit. Sejauh mana kebenarannya?


Saturday, 15 February 2014

Piramid Ditemui Di Kampar Perak



Sebuah piramid telah dijumpai di Kampar Perak di satu lokasi yang masih lagi dirahsiakan oleh pihak berkuasa tempatan ketika ini. Piramid tersebut yang dikatakan mempunyai saiz yang sama dengan piramid Khufu di Mesir telah dijumpai oleh seorang pencari petai dari Kampar beberapa minggu yang lepas. Menurut satu sumber lain mengatakan bahawa piramid tersebut sebenarnya telah dijumpai lebih tiga puluh tahun yang lalu namun hanya baru baru ini sahaja diceritakan kepada umum setelah dijumpai oleh pencari petai tersebut.

Monday, 10 February 2014

SPRM Akan Berkampung Di Kampar Kerana Kes Tanah Di Tanjung Bangkong



Daerah Kampar Perak adalah salah satu daerah di dalam negeri Perak yang banyak isu tanah. Daripada kes tanah ribuan hektar yang dikurniakan oleh mantan pembesar paling besar negeri Perak hinggalah kepada kes kes tanah sekangkang kera.


5 Cawangan Bank Akan Dibuka Di Malim Nawar, Kampar



Hasil daripada kemajuan yang dibawa oleh Umno Kampar yang diketuai oleh Ketua Tukun Bahagian Umno yang dinamik dan juga Yang Beradun Tualang Sekah, 5 lagi bank komersial akan membuka cawangan mereka di Malim Nawar.


Sunday, 9 February 2014

Kemaskini Imam Masjid Kg Tualang Sekah Dipecat



Kes imam masjid Kg Tualang Sekah dipecat kini telah pun kecoh di Kampar. Berikut adalah kemaskini yang mampu kami perolehi setakat ini. Kelihatannya pemecatan tersebut memang secara rasmi yang mana boleh dilihat dari surat tersebut.